Salam sumer, dah lama tak update untuk makanan bayi. So ni resipi makaroni kepada yng inginkan kelainan. Di cadangkan utk bayi 8 bulan ke atas.
Bahan-bahan
* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air
Cara-cara
1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api
yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.
Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk
mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
No comments:
Post a Comment